Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran telah memanggil Duta Switzerland ke Tehran, Giulio Haas untuk membantah keputusan Presiden Trump yang melarang kemasukan pelawat dari Iran dan beberapa negara Islam yang lain. Perkara itu dilaporkan oleh Kementerian Luar Iran.
Di dalam sebuah pertemuan pada hari Ahad, seorang pengarah di kementerian tersebut telah menyampaikan bantahan rasmi Tehran kepada diplomat Switzerland yang mewakili kepentingan A.S di negara Republik Islam Iran. Perkara itu dilaporkan oleh jurucakap kementerian tersebut, Bahram Qassemi.
Diplomat Iran itu turut memberitahu Giulio Haas bahawa arahan eksekutif yang dikeluarkan oleh Trump sebelum ini telah dibuat berasaskan alasan yang "direka, penuh dengan diskriminasi dan tidak boleh diterima". Menurut Qassemi, arahan itu turut berlawanan dengan konvensyen hak asasi manusia dan perjanjian di antara Tehran dan Washington yang ditandatangani pada 15 Ogos 1955.
29 Januari 2017 - 18:45
News ID: 808119
Iran telah memanggil Duta Switzerland ke Tehran, Giulio Haas untuk membantah keputusan Presiden Trump yang melarang kemasukan pelawat dari Iran dan beberapa negara Islam yang lain. Perkara itu dilaporkan oleh Kementerian Luar Iran.